Friday, November 4, 2011

| 10 Petanda Dia Jodoh Kita |

Bersahaja

Bf kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. kalo ia nampak kurang selesa dangan gayanya, sah dia sedang berlakon. kadang-kadang kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. jika tidak dia mungkin bukan jodoh kita.


Senang Bersama

walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. semakin hari semakin sayang padanya. kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. dia juga merasainya. rasa senng sekali apabila bersama. apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


Terima Kita Seadanya

apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak amik peduli. mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas bf sblm ni kita yang mulakan. dia juga tidak amik kisah siapa kita sblm ini, yang penting siapa kita sekarang. biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai bf sebelumnya, dia tak amik hati langsung. yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


Sentiasa Jujur

dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan, kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. selagi kejujuran bertakhta dihatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. apabila berjauhan kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. apabila dia jujur semakin hangat lagi hubungan cinta kita. kejujuran yg disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yg sejati.


Percaya Mempercayai

setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu bf, adakah rahsia kita selamat di tangannya...bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding kawan2 yg lain. satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.


Senang Bekerjasama

bagi kita yg inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dlm jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. kita dan bf perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. segala kerja yg dilakukan perlulah ikhlas bg membantu pasangan dan meringankan tugas memasing. perkara paling penting kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan org lain dan kita snng melakukannya bersama. ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya.


Memahami Diri Kita

bagi pasangan yg berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. semasa kita sakit dia bw ke klinik, semasa kita berduka dia menjadi penghibur. apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. di kala kita berleter dia menjadi pendengar (ade ke???). dia selalu bersama kita dlm sbrang situasi. tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sntiasa ada untuk kita. dia juga bersedia mengalami pasang surut dlm percintaan, ini la br dinamakan lidah sndiri lagikan tergigit, ini kn pula suami isteri. (cehhhhhhwahhhhhhh) pepatah ini juga sesuai bg bf n gf ni. apabila dia sntiasa bersama kita melalui hidup ini dikala suka n duka, di saat snng dan susah dialah calon yg sesuai menjadi pasangan hidup kita. (jap2 nk pikir....ade tak calon2nya)


Tampil Kelemahan

tiada siapa yg sempurna di dunia. tipulah jika ada org yg mengaku dia insan yg sempurna drpd segala sudut. pasti dikalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. bagi dia yg bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. sudah tentu bukan snng untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan bf n gf sndiri. malah tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. contohnya...bila dia bangun tido ataupun sakit n tidak mandi 2 hari, dia tidak menghalang kita dr melawatnya. bila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk memasing, mmg ditakdirkan kita hidup bersamanya.


Kata Hati

dengarlah kata hati, kadangkala manusia dikurniakan tuhan deria ke6 yg dpat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan memasing. kita n dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain n dapat menduga reaksi n tindak balas situasi tertentu. bila kita yakin dgn pilihan hidup kita, tanyalah skali lagi. adakah dia ditakdirkan untuk kita....dengar kata hati dn buatlah pilihan,,,,


Mimpi

jodoh dan pertemuan semuanya di tangan tuhan. manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yg maha esa. adakalanya dlm memainkan peranan sbgai pelokon, diberi petunjuk melalui mimpi. mimpi mmg mainan tido (mcm mimpi wawa kena sambar petir..heheh) tetapi bila kita melakukan solat istikharah dn memohon supaya tuhan memberi petunjuk, insyaallah dgn izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. jika dia pilihan kita buatlah keputusan sebaiknya, jika tidak tolaklah dia dgn baik.



" Manusia Merancang, Tuhan Menentukan"
" Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sndiri mengubah apa yg ada pada diri mereka"






1 comment: