Thursday, July 21, 2011

| T.E.A.M.B.U.I.L.D.I.N.G |

















15 - 17 Julai 2011 (Jumaat-Ahad) aku & wawa kena menghadiri kursus team building di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, disebabkn aku & wawa takder dr isnin hingga khamis (aku g bercuti, wawa plak ader kursus lain) kami minta tolong najat tuk urus kn transport kami ke Kuala Kubu Bharu...ptg khamis tu aku dapat msg dr najat yg akan hantar aku & wawa adalah 'Pak Din'...pagi esoknya (hr nk g kursus) wawa tak dapat amik aku kat umah coz dia dh lambat (aku mls nk bw kete kat opis coz balik hr ahad), aku pun call la 'pak din' nk minta tolong amik aku kat umah dan hujan plak tu...aku call..call...call..call (banyak kali gak la pak din tak angkat2 & siap cancel lagi)..bile aku call wawa, wawa kata pak din ader jer kat opis..huh org tua tak sedar diri!!!!!! boleh plak dia ckp ngn wawa yg dia br dapat tau pagi tu, padahal najat dh bg tau ptg sebelumnya lagi.....aku ngn wawa amik keputusan bw kete wawa n tong tong la lepas tu leh claim balik la....(masa tu dh la lambat, hujan lagi, belum masok tak tau jalan) kami gerak dlm kul 8.30am sampai ke kem dlm kul 10.00am-siap berhenti2 tanya org sbb kami tak familiar ngn tempat tersebut....


Hari pertama di kem

sampai2 terus minum di cafe, lepas tu br daftar diri....tak lama lepas tu ader sessi memperkenalkn diri dengan melukis gambar muka sndiri dan diberikan kepada peserta2 yg lain supaya mencari tuan muka tersebut....lepas habis jer sessi tu kami semua diberi cadar, selimut & sarung bantal...peserta perempuan dapat bilik di H1, H2 & H3, aku dapat bilik H1 berkongsi dengan Rina (sabah), Yuyun (johor), Zana (johor), Wawa (sel) & Naomi (kl) (aku rindu la ngn korang), korang mmg sporting & best giler nnti kite jumpa lagi ok, lelaki plak bilik C1 & dibahagikan kepada 4 kumpulan (setiap kumpulan ader 10 org ahli)....kami diberi rehat sampai kul 2 ptg termasok lunch skali. Aktiviti seterusnya ialah mencari / membuat 11 benda yg telah ditetapkan.

1. 5 ekor nyamuk

2. 5 ekor cacing

3. seekor cicak (masih hidup)

4. 4 keping duit mata wang asing

5. buat topi berasaskan bahan semula jadi (tak boleh jatuh bile dilompat, tunduk & digoyangkan)

6. Pretty Women

7. Uban sepanjang 6 inci (semua puteh)

8. 5 spek mata hitam

9. seekor spider (hidup)

10. - tak ingat lor-

11. -tak ingat lor-

Akhirnya semua kumpulan dapat menyiapkan tugasan tersebut....


Aktiviti mlm plak setiap seorg daripada kami diberi watak masing2 (tak boleh pilih), watak-watak tersebut perlulah digabung menjadi satu cerita & watak2 tersebut perlulah ada prop mengikut watak....watak2 dlm kumpulan aku robot (mork), tarzan(kumar), kanak2 berumur 6bulan(aku), banggali (ati), pamela anderson (rina), supermen (yim), pemburu (nasir), bomoh (lina), cetti (intan) & mat rempit (sazli)...mcm2 aksi adoooooo, akhirnya kumpulan aku dapat no.2....


Hari Kedua...


Aktiviti hari ke2 agak mencabar,sebelah pagi...kami wat white water rafting..huhuhu aku tak pernah try la...setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 kumpulan, samada kumpulan A @ B...aku mesti la termasok dlm kumpulan B..hehehehh boleh santai sikit....sebelum rafting kami diberi penerangan ttg cara2 & keselamatan almaklum jer la majoriti daripada kami semuanya pertama kali....heheh agak lama gak la diberi penerangan dlm 2jam kalo tak salah...kami akan ber'rafting' sepanjang 7km, agak jauhkn..huhu habis semua sakit2 badan2, tapi mmg best giler la....kalo sape yg tak pernah mencuba, aku saran kn korg kena lacuba walaupun skali..heheheheh


Sebelah ptg aktivitinya lebih santai la....kena fokus & semangat kerja berpasukan....mlm plak ader bbq-mknannya sedap gak la...sampai menjilat jari kata org...lepas jer dinner kami semua masok kelas ader aktiviti menguji minda...hahaha yg nie mmg aku failed la, disuruhnya cr nama pelakon dr luar negara yg bermula ngn huruf A, J & C lepas tu disuruhnya nnyi rangkap lagu yg ader menyebut warna (cth : hijau) & nama org....hahah kumpulan 2 la jadi juara mlm tu coz wawa kn gile karok..smua lagu dia tau..hehe


Hari Ketiga...

Hari terakhir kami di Kem......

Pagi kena masok hutan (jungle tracking) bergerak dalam satu baris yg panjang dlm kumpulan...kat sini kami disuruh mencari mknan yg boleh dimakan jika kami sesat...mknan yg dicari perlulah berasaskan protien (cacing & belalang) & fiber (buah & daun2)....heheh masa ni aku aper lagi petik jer daun2 yg rasa boleh mkn..hehehehe sbb aku tak pernah masok hutan kn...banyak gak la benda yg boleh & tak boleh dimakan...diajar juga cara2 menguji makanan jika kita tak pasti mknan tersebut beracun atau tidak....lepas tu kami disuruh buat tempat letak pesakit jika salah seorg dr kami cedera n tak boleh berjalan..huhu masa nie kena la tebang pokok yg agak2 boleh menahan berat org dewasa supaya tak patah....bile dh siap seorg dari setiap ahli kumpulan mesti menjadi pesakit & ahli2 yg lain kena la angkat pesakit tu....setiap satu station akan bertukar pesakit...masa ni huh penatnya bukan main lagi la...yer la turun bukit la bagai...angkat org tu...bukan angkat patung...beratnya lain coz angkat atas bahu plak tu...naik lenguh bahu semua org...eheheh station yg terakhir kita org berhenti sekejap then br jalan balik ker bilik masing2....petangnya ader kelas yg terakhir then kena check out siap2 la beg semua bw masok kelas...kelas ptg lebih relax almaklum jer la masing2 nk balik dh..huhuhu masa ni sedih pun ader sbb nk berpisahkan...jam 5.00 ptg kami balik ader yg naik kete sndiri, kete jabtan & bas....windunya.............dgn korang smua...huhuhuh...

















1 comment:

  1. HAHAHA...best2 entri nie..sebab ada nama aku!! ahahha..ajate pon ader..napa ko tak mention aku dapat gambo ko..hahahah

    ReplyDelete